Jam di dinding menunjukkan lagi sepuluh minit ke pukul empat pagi.
Terasa ingin mulakan penulisan blog ini secara berterusan pada saat sekarang juga.
Saya pendam kemahuan ini sudah cukup lama, masa yang sesuai yang dicari-cari tidak akan pernah berjumpa jika ia tak dilakukan sekarang.
Halangannya dirasakan begitu besar tetapi akhirnya ku dapat harungi jua.
Bermacam-macam perkataan yang ku lakarkan di minda untuk mencipta duniaku disini namun ianya sudah bertukar menjadi kenangan yang dikalanya datang dan pergi.
Walaupun begitu, akan ku titipkan baki yang tinggal dan akan mendatang. Segalanya harus dimulakan sekarang. Penantian yang begitu lama. Begitu banyak yang ingin dikongsikan dan ingin diabadikan dalam warkah ini. Semuanya tentang aku. Mengorak langkah yang satu menjadikan semuanya kembali di ingatanku suatu hari nanti, Sebelum ini, saya menggunakan kitab untuk mencoretkan kisah ku yang hanya aku menganggapnya bernilai. Kini, aku mahunya sejajar dengan arus zaman moden ini. Akan tetapi, perkara kebiasaan tak akan saya abaikan, naskah yang menceritakan hikayatku akan ku bawa kemana-mana sahaja untuk menulis apa sahaja yang terlintas dibenak fikiran. Segalanya harus bermula sekarang. mukadimahnya sudah diceritakan.
Inilah warisanku, diari / jurnal
Ahh,,, seperkara tentang diari ku ianya juga boleh ditafsirkan sebagai jurnal kerana setiap yang saya coretkan dapat dikongsikan dan dibaca oleh sesiapa sahaja yang inginkan. Ianya juga dipanggil sebuah diari kerana ia sememangnya tentang diri saya. Saya ada bagi tahu kan. Jadi tidak hairanlah jika anda menemui istilah pentingkan diri, perasan, dan sebagainya .
Akhir kata nikmatilah kisah seorang gadis biasa :)
Perempuan senang sangat jatuh hati dengan lelaki. Tak kira lah seburuk mana pun seorang jejaka itu, pasti akan ada seorang dari kaum hawa yang inginkan diri jejaka yang cukup bertuah itu. Tapi adakah nilai sebuah cinta seorang hawa begitu murah jadinya. Sehinggakan diri mereka sanggup dipermainkan atau diduakan oleh insan yang digelar jejaka ini?
Hidup ini memang kejam. Yang baik pun boleh menjadi mangsa manusia yang bertopengkan syaitan. itulah yang dinamakan ujian. Begitu ramai gadis-gadis di luar sana menjadi mangsa kepada lelaki durjana yang tidak menghargai sekeping hati seorang gadis.
Namun begitu , siapa yang harus dipersalahkan?
Pada pandangan saya, berdasarkan pemerhatian hari-hari yang dilalui, kedua-dua kaum mempunyai sikapnya yang tersendiri. Terdapat pelbagai klasifikasi, tetapi saya akan merungkaikan sebesar mana akal saya yang cetek ini mampu dicapai.
Sebelum itu, kita semestinya pernah dilayang-layangkan perkataan fitrah dikalangan lelaki dan wanita. Kata hikmat itu acap kali dituturkan oleh manusia sejagat setiap kali apabila melibatkan percintaan antara muslim dan muslimah. Ya, begitulah, bak kata bait-bait lagu ketika cinta bertasbih " garis tangan tergambar tak bisa aku menentang".
Kembali kepada perbualan asal kita, apakah begitu murah wanita zaman sekarang?
Pertama, mereka mudah melayan mana-mana lelaki yang bertandang secara tiba-tiba dikhalayak ramai tanpa segan silu. Mereka cepat mesra dan tidak tahu akan bahaya yang menanti apabila bergaul dengan orang yang tidak dikenali apatah lagi orangnya ialah seorang lelaki. Sesetengahnya, mengatakan ianya adalah cinta pandang pertama. Boleh diterima, tetapi hendaklah kena pada tempatnya. Ikutlah jalan yang betul, seperti orang dahulu yang kenal erti malu. Tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara.
Seorang perempuan dikenali kerana sifat malunya. Namun, tiada istilah itu pada masa kini. Malangnya, sifat itu semakin pudar dikalangan kaum hawa. Betul, malu itu harus kena pada tempatnya.
?max-results="+numposts1+"&orderby=published&alt=json-in-script&callback=showrecentposts1\"><\/script>");