Alahai , perempuan

Perempuan senang sangat jatuh hati dengan lelaki. Tak kira lah seburuk mana pun seorang jejaka itu, pasti akan ada seorang dari kaum hawa yang inginkan diri jejaka yang cukup bertuah itu. Tapi adakah nilai sebuah cinta seorang hawa begitu murah jadinya. Sehinggakan diri mereka sanggup dipermainkan atau diduakan oleh insan yang digelar jejaka ini?

Hidup ini memang kejam. Yang baik pun boleh menjadi mangsa manusia yang bertopengkan syaitan. itulah yang dinamakan ujian. Begitu  ramai gadis-gadis di luar sana menjadi mangsa kepada lelaki durjana yang tidak menghargai sekeping hati seorang gadis.
Namun begitu , siapa yang harus dipersalahkan?

Pada pandangan saya, berdasarkan pemerhatian hari-hari yang dilalui, kedua-dua kaum mempunyai sikapnya yang tersendiri. Terdapat pelbagai klasifikasi, tetapi saya akan merungkaikan sebesar mana akal saya yang cetek ini mampu dicapai.

Sebelum itu, kita semestinya pernah dilayang-layangkan perkataan fitrah dikalangan lelaki dan wanita. Kata hikmat itu acap kali dituturkan oleh manusia sejagat setiap kali apabila melibatkan percintaan antara muslim dan muslimah. Ya, begitulah, bak kata bait-bait lagu ketika cinta bertasbih " garis tangan tergambar tak bisa aku menentang".

Kembali kepada perbualan asal kita, apakah begitu murah wanita zaman sekarang?

   Pertama, mereka mudah melayan mana-mana lelaki yang bertandang secara tiba-tiba dikhalayak ramai tanpa segan silu. Mereka cepat mesra dan tidak tahu akan bahaya yang menanti apabila bergaul dengan orang yang tidak dikenali apatah lagi orangnya ialah seorang lelaki. Sesetengahnya, mengatakan ianya adalah cinta pandang pertama. Boleh diterima, tetapi hendaklah kena pada tempatnya. Ikutlah jalan yang betul, seperti orang dahulu yang kenal erti malu. Tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara.

Seorang perempuan dikenali kerana sifat malunya. Namun, tiada istilah itu pada masa kini. Malangnya, sifat itu semakin pudar dikalangan kaum hawa. Betul, malu itu harus kena pada tempatnya.





0 comments:

Post a Comment

TheLass. Powered by Blogger.

Social Icons

Like us on Facebook

?max-results="+numposts1+"&orderby=published&alt=json-in-script&callback=showrecentposts1\"><\/script>");